Relationship Between Household Water Filter And Malaysia’s High Cancer Rate

From Crosslink to MoH | 18th January 2019

Dear En. Syed Azman,

Attached herewith the article which I have adverised at The Sun newspaper yesterday. I have received many messages from concerned users, and some of them wanted to be volunteer for the water testing campaign.
Please respond at you soonest.

Thanks and regards,
Alex Goh
www.crosslinkaquatic.com

Subject: Akuan Terima Pertanyaan Awam : Pertayanan PJBT YBMK : Relationship between household water filter and malaysia's high cancer rate

From MoH to Crosslink | 8th February 2019

Tuan,

ID MAKLUM BALAS : MOH.073496

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Terlebih dahulu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan tuan membangkitkan perkara ini kepada perhatian kami melalui SiSPAA.

3. Sehubungan itu, KKM telah mengambil langkah memanjangkan pertanyaan tuan kepada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

Suhaila Binti Pariman
Seksyen Aduan
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Blok E7, Kompleks E
Kompleks Kerajaan Persekutuan Putrajaya
62590, Putrajaya

No. Tel : 03-8883 3684
No. Faks : 03-8888 6187

Subject: Relationship between household water filter and malaysia's high cancer rate

From Crosslink to MoH | 8th February 2019

Terima kasih atas pertimbangan dan tindakan puan.
Jika memerlukan penjelasaan yang lebih lanjut, sila hubungi saya di talian 012-3399193.

Sekian, terima kasih,

Alex Goh

Subject: Keputusan Maklum Balas : Pertayanan PJBT YBMK : Relationship between household water filter and malaysia's high cancer rate

12th February 2019

From MoH to Crosslink | 12th February 2019

Salam Sejahtera.

Tuan,

KES MOH.073496: PERTANYAAN PJBT YBMK: RELATIONSHIP BETWEEN HOUSEHOLD WATER FILTER AND MALAYSIA’S HIGH CANCER RATE
Dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Terlebih dahulu PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (PBPP) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan tuan membangkitkan perkara ini melalui SiSPAA. PBPP amat mengalu-alukan cadangan serta pandangan daripada orang ramai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.

3. Untuk makluman tuan, hasil semakan awal yang telah diajukan kepada Ketua Eksekutif PBPP mendapati isu produk water filter ini adalah diluar bidang kuasa PBPP. Pihak kami juga telah berhubung dengan Pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM, Pn. Zuraini Adam (Timbalan Pengarah Industri Domestik). Tuan boleh hubungi beliau di [email protected] untuk mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

Ahmad Farhan Bin Mohd Yunus,
b.p: Ketua Eksekutif PBPP
Unit Komunikasi Korporat,
PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Subject: Keputusan Maklum Balas : Pertayanan PJBT YBMK : Relationship between household water filter and malaysia's high cancer rate

From MoH to Crosslink | 27th August 2019

Salam sejahtera.

Tuan / Puan,

KES MOH.073496 : PERTANYAAN PJBT YBMK : RELATIONSHIP BETWEEN HOUSEHOLD WATER FILTER AND MALAYSIA’S HIGH CANCER RATE

Dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Program ini telah meneliti emel dan artikel bertajuk “Household Water Filter – The Major Cause Of Our Country’s Disgraceful Statistic?” daripada tuan mengenai hubungkait antara mesin penapis air domestik dan kadar peningkatan kanser di Malaysia. Untuk makluman pihak tuan, buat masa ini tiada apa-apa keperluan ataupun peruntukan undang-undang berkaitan mesin penapis air di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1983 atau pun Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Program ini masih dalam proses kajian dan pembangunan garis panduan untuk melaksanakan pendaftaran penjualan mesin penapis air di seluruh negara bagi memastikan setiap mesin penapis air mencapai tahap keselamatan air minuman yang ditetapkan.

3. Seperti yang tuan sedia maklum, penggunaan mesin penapis air yang meluas adalah disebabkan peningkatan kesedaran orang awam untuk mendapatkan air minuman yang berkualiti dan mengurangkan ancaman penyakit bawaan air. Walaupun air yang dibekalkan oleh syarikat pembekal di setiap negeri telah melalui pelbagai proses rawatan air di loji, tetapi semasa pengagihan dan penyimpanan sehingga diterima oleh pengguna, kualiti air terdedah kepada risiko pencemaran sekiranya tiada kawalan yang berkesan.

4. Untuk makluman tuan, Program ini telah menjalankan kajian dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bagi mendapatkan data sekunder berkaitan kriteria dan kebolehkesanan mesin penapis air yang dijual di pasaran domestik. Dalam kajian tersebut, didapati bahawa majoriti mesin penapis air mempunyai empat (4) peringkat penapisan. Antara media penapis yang digunakan ialah penapis sedimen, butir karbon teraktif, penapis seramik, penapis alkali dan sebagainya. Media penapis berfungsi untuk menapis dan meninggalkan sebarang bendasing dan seterusnya menghasilkan air yang bersih.

5. Bagi memastikan keberkesanan dan kualiti air dari mesin penapis air yang sedang digunakan oleh pengguna, sampel air dari mesin penapis air telah diambil dari rumah pengguna bagi tujuan analisis. Hasil analisis mendapati kesemua sampel yang diambil mematuhi standard yang ditetapkan dalam Jadual Kedua Puluh Lima, Peraturan-Peraturan Makanan 1983. Walau bagaimanapun, keberkesanan fungsi mesin penapis air tersebut bergantung kepada tempoh penggunaan media penapis serta penyelenggaraan yang dijalankan oleh pengguna berdasarkan arahan kepenggunaan yang ditetapkan oleh pihak pengilang mesin penapis air tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

Mohd Nurul Haryadie bin Mazuki
Cawangan Komunikasi dan Kepenggunaan
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Menara Prisma
No. 26 Jalan Persiaran Perdana
62675, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya
MALAYSIA

Tel: 03-8885 0797 ext 4023

Faks:03-8885 0769

Emel: [email protected]

Subject: Maklumbalas kepada Surat Jawapan dari Pihak Tuan: Relationship between household water filter and malaysia's high cancer rate

From Crosslink to MoH | 9th October 2019

Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Maklumbalas kepada Surat Jawapan dari Pihak Tuan

Terima kasih atas maklum balas tuan, walaupun jangka masanya lama tertangguh. Untuk mengimbas kembali kepada surat pertama saya, secara ringkasnya, saya telah memohon agar pihak kerajaan menyiasat hubungan antara penapis air isi rumah dan statistik kanser yang tinggi.

Dengan dukacita dimaklumkan bahawa maklumbalas tuan amat mengecewakan berdasarkan sikap apatis yang jelas terpapar dalam surat tuan.

1. Kajian dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak tuan adalah tidak lengkap dan tidak berkualiti. Hakikatnya, kajian yang telah dijalankan bukan sahaja menyumbang kepada kebaziran wang cukai masyarakat, maka lebih mengelirukan rakyat Malaysia yang menyerahkan segala amanah kepada pihak kerajaan. Ini bukan sekadar fitnah, malah saya akan menjelaskan dakwaan saya dalam konteks yang seterusnya.

2. Karsinogen dalam air hanya dihasilkan selepas jangka masa yang panjang ia digunakan, di mana sedimen yang terperangkap mula mereput. Kajian yang disebut oleh tuan hanya membawa fokus terhadap penapis air isi rumah yang baru dan tidak terguna. Kaedah kajian ini selanjutnya dipertahankan oleh pihak tuan dengan penjelasan bahawa penyelengaraan penapis air seterusnya adalah tanggungjawab pengguna. Alasan tersebut jelas menyerlahkan sikap tidak peduli pihak tuan.

3. Dengan prasangka baik, pihak tuan mungkin merasakan bahawa proses menunggu agar penapis air tersebut menjadi matang dari segi mejana sampel tapisan air karsinogenik, adalah kurang realistik. Walapun begitu, pihak tuan sekurang-kurangnya harus menjalankan kajian untuk mengesan pencemaran logam berat dalam tapisan air kerana logam berat digunakan secara meluas dalam mesin penapis air isi rumah untuk tujuan disinfektan.

4. Untuk makluman pihak tuan, saya pernah memperoleh laporan ujian dari SIRIM bahawa air tapisan mesin penapis air isi rumah yang baru mempunyai kandungan perak (silver) yang tinggi, terlarut dari komponen karbon mesin tersebut.

5. Amat dikesali bahawa pihak tuan tidak menghubungi saya sebelum atau semasa penyelidikan tersebut dijalankan ataupun sekurang-kurangnya membaca beberapa artikel saya dari laman web saya (www.crosslinkaquatic.com). Dengan cara itu, pihak tuan akan mengetahui bahawa pengetahuan, pengalaman dan usaha teknikal saya adalah bernilai untuk menyumbang kepada penyelidikan anda.

6. Sebagai rakyat Malaysia yang nekad melaksanakan tanggungjawab untuk memacu pembangunan dan kesejahteraan negara, saya sudi menyumbang kepakaran saya dalam kejuteraan air, secara sukarela sekiranya pihak tuan memilih untuk meneruskan kajian dan penyelidikan dalam perkara ini.

7. Saya berharap agar aduan serta cadangan saya akan mendapatkan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Alex Goh

Further updates are dependent on whether our Ministry of Healthy (MoH) replies. 

Stay tuned!

Leave a Reply

×
×

Cart

Open chat